klik.klik

Sunday, March 19, 2017

"Weh ada patient ricket! "  - Alisya menunjukkan pesakit tersebut.

"Weh pergilah, nampak gila bowing dia. Pergilah tengok".  Tambahnya lagi. 

Oh patient OA. Detik hati kecilku. Selepas mendapat izin bapanya untuk ambil history daripada aku tanya serba serbi. 

"Dia datang sebab sakit lutut. Tak larat nak jalan. Umur sekarang dah 12 tapi tak pergi sekolah dah lepas kaki dia sakit". 

Perasaanku berbaur. Aku tengok pakaian ayahnya. Lusuh. Aku tanya dia ke sini dengan apa? 

Katanya naik bas sahaja. Murah katanya. 

"Saya kerja sendiri. Abang dgn kakak dia pun kerja jugak. "

Dah dapat hint tu aku tak berani nak tanya lebih. 

"Q ni biasa pemakanan dia macam mana ye encik?"

"Lepas bercerai susu badan. Q dah tak ambil susu sangat. " Dia berhenti. Tak teruskan lagi. 

Aku refer case note dia. 

Tercatat ' not afford to buy milk'. 

Allahu.

Aku terpana.

Aku boleh habiskan duit aku untuk makanan sedangkan ada orang yang terpaksa makan sekadar apa yang ada. Aku boleh bersekolah saat ada orang yang tak ke sekolah sebab tak mampu. Nak kerja untuk sama sama tolong mak ayah cari duit untuk bagi makan adik adik.

Tbh, ni bukan kali pertama aku nampak senario begini. Ada yang gajinya 450 sebulan dan anaknya menghidap sakit buah pinggang. Tiap bulan butuh duit untuk dialysis. Tiap bulan butuh duit ulang alik untuk ke hospital.

Dan aku di sini masih dengan caraku sendiri. 😭 Masih buta. Buta menilai betapa banyaknya Allah dah beri pada aku. Khilafnya aku sebagai seorang hamba.  

Sunday, March 12, 2017

Dim sum dim sum πŸ’ž

Sejak balik dari sabah ni rasa teringin je nak try dim sum. Eh? Ape kaitan dim sum dgn sabah? Haaa. Actually, tbh i tak pernah try dim sum pun before this but masa kat sabah my friend belanja la kami kami dari semenanjung ni makan dim sum kat Sabah. Dan untuk kali pertama cuba saya dah jatuh cinta tahap leleh πŸ’žπŸ’žπŸ’ž. 

Food πŸ’ž Food πŸ’ž

So balik je Kuantan terus search kat goggle 'dim sum halal kuantan'. 😹😹😹 Lol sangat kan. Search punya search jumpa lah satu kedai ni. 


TaraaaaaπŸŽ‰πŸŽ‰  Ni lah kedainya. Yusu Dim sum @Aki foodcourt. Boleh goggle terus je and straight away boleh dpt direction. 


Actually sepanjang duduk Kuantan, first time tahu ada foodcourt nama Aki foodcourt. Betul betul masuk kat simpang pencawang Sg Isap tu then dalam 150m belok kanan and taraaaa you guys akan jumpa aki foodcourt ni. Kedai pun. Bersih. Park kereta pun senang. 



Range harga boleh kata murah dah berpatutan. Kebanyakannya dalam range RM3 ke RM4 utk satu dish. Which mean murah kan 😍. 

Selain daripada dim sum, ada banyak kedai kedai lain jugak kat sini. Ada mee sizzling, masakan panas pun ada. Ikan bakar. Air pun boleh order ikut selera masing masing ye. Hehehe

Okay la, nak ngap makanan dulu. Ngap ngap

Tuesday, February 21, 2017

Aku lihat dia punya segalanya. Hati kecilku iri. Bukan pada harta. Tapi pada bahagia.

"Look at them Vee. They love each other. I guess that's definition of happy family right?"

Suria menolak siku Vee.

Vee senyum.

Pahit.

" I wish I could have one. Haha" - Vee.

Su menepuk bahu Vee.

"Vee kau tengok pokok tu. Ape yg kau nampak?"

"That tree? Haha. What else could it be. Root , branches and leaf for sure. "

"Yeah you got it Vee."

"Got it what?"

"Family is exactly like a tree. Dia perlukan combination semua tu untuk jadi pokok. Same goes to that so called family bahagia ni. Its require everyone to love each other. Love. And that's the only key. As time goes on most of us lupa yang our parents are getting older. They are not they were backthen before. Vee all I can say to be happy. You need love. Not from that so called boyfriend. 😜 Love your family. Take care of each other like you gonna lose them. And you will be happy. πŸ’ž"





Monday, February 13, 2017

Alia menghempas deras pintu kamarnya itu.

"Urgh! Sumpah aku tak suka dia!!"

"Aduh, nak angin lagi la ni." detus hati Maisarah. Tidurnya yang nyenyak diganggu dek bunyi kuat pintu yang dihempas itu. Dengan mata terkebil kebil dia memandang Alia yang sedang duduk di atas kerusi meja studynya.

"Kali ni sebab ape pulak kau nak angin ni Alia? Cuba kawal kawal sikit marah kau tu."

"Misha."

"Lagi? Kali ni sebab ape pulak kau marahkan dia Lia? "

" Aku rasa aku dah tak mampu nak sabar. Darah aku naik setiap kali nampak dia. 3 tahun beb! 3 tahun aku dah layan perangai semak dia tu. Arghh! Aku rimas! Aku meluat!"

"Aku mungkin tak mampu nak ubah ape yang kau rasa pada Misha. Tapi kan Lia, kau nak tau satu benda tak?"

"Kali ni bab syarahan mana pulak kau nak beritahu aku ni?"

Yelah kalau ikutkan ini bukan kali pertama Alia menghempas marah pada Misha. Dan dah berulang kali juga la Maisarah beri nasihat. Cuma nasihat dia sebelum ' Beb, kau buat chill and relax je. Takpe biar orang buat kita jangan kita buat orang."

Ketawa kecil Maisarah mendengar getus Alia.

"Lia nak jadi orang hebat tak?"

"Eh? Mestilah kalau boleh Lia nak well known tau. Biar satu dunia kenal"

"Amboi besarnya cita cita. Lia nak tau tak orang hebat ni bukan orang yang sekadar mampu buat baik pada orang biasa. Maksud sarah orang yang baik dengan kita"

"Erm. Memang pun Sarah. Standard la tu orang buat baik kita buat baik balik"

"Tapi..."

"Tapi ape lagi Sarah?"

"Orang yang hebat ni adalah orang yang mampu buat baik pada mereka yang melakukan kejahatan pada dia. Bukan orang yang semata mata well known satu dunia."

"Lia tahu.... Tapi...Lia tak boleh😒"

"Lia tak cuba pun lagi. Mana Lia tahu Lia tak boleh"

"In sha Allah"

"Okay dah sekarang pergi ambil wuduk. Buang sikit api kemarahan tu"