klik.klik

Sunday, March 19, 2017

"Weh ada patient ricket! "  - Alisya menunjukkan pesakit tersebut.

"Weh pergilah, nampak gila bowing dia. Pergilah tengok".  Tambahnya lagi. 

Oh patient OA. Detik hati kecilku. Selepas mendapat izin bapanya untuk ambil history daripada aku tanya serba serbi. 

"Dia datang sebab sakit lutut. Tak larat nak jalan. Umur sekarang dah 12 tapi tak pergi sekolah dah lepas kaki dia sakit". 

Perasaanku berbaur. Aku tengok pakaian ayahnya. Lusuh. Aku tanya dia ke sini dengan apa? 

Katanya naik bas sahaja. Murah katanya. 

"Saya kerja sendiri. Abang dgn kakak dia pun kerja jugak. "

Dah dapat hint tu aku tak berani nak tanya lebih. 

"Q ni biasa pemakanan dia macam mana ye encik?"

"Lepas bercerai susu badan. Q dah tak ambil susu sangat. " Dia berhenti. Tak teruskan lagi. 

Aku refer case note dia. 

Tercatat ' not afford to buy milk'. 

Allahu.

Aku terpana.

Aku boleh habiskan duit aku untuk makanan sedangkan ada orang yang terpaksa makan sekadar apa yang ada. Aku boleh bersekolah saat ada orang yang tak ke sekolah sebab tak mampu. Nak kerja untuk sama sama tolong mak ayah cari duit untuk bagi makan adik adik.

Tbh, ni bukan kali pertama aku nampak senario begini. Ada yang gajinya 450 sebulan dan anaknya menghidap sakit buah pinggang. Tiap bulan butuh duit untuk dialysis. Tiap bulan butuh duit ulang alik untuk ke hospital.

Dan aku di sini masih dengan caraku sendiri. 😭 Masih buta. Buta menilai betapa banyaknya Allah dah beri pada aku. Khilafnya aku sebagai seorang hamba.  

No comments: