klik.klik

Sunday, March 11, 2012

darah tali pusat.

assalamualaikum semua..

long time no see maa.

happy holiday!!*walaupun tak berape nak happy. hehe.

okay. stop pasal holiday. Hari ni saya nak cerita pasal darah tali pusat. Apa? Tak pernah dengar? Ish3. Apa la korang ni. okay, tak pe meh sini saya nak cerita. Saya pun baru tahu juga pasal benda ni. then, rasa tertarik pulak. tu, dok search dengan Mr. Google kat sebelah ni.

stem cell ini milik siapa?

kadang-kadang berlaku kekeliruan tentang siapa pemilik sebenar stem cell ini? ibu atau anak? sebenarnya, stem cell ini adalah milik anak/bayi. jangan salah lagi tau!

kandungan stem cell

darah tali pusat atau dikenali sebagai stem cell ini dapat menyelamatkan banyak nyawa. mesti ada yang tak tahu kan apa tu stem cell? stem cell merupakan cell induk dalam badan seseorang manusia. sebelum saya bleber panjang-panjang lagi, apa kata kita tengok apa yang ada dalam stem cell ni.


Apa kegunaan stem cell?

bagi sesiapa yang tak tahu, darah tali pusat ini merupakan alternatif lain kepada rawatan penyakit-penyakit kelainan darah seperti
  • thalasemia
  • Anemia Aplastik
  • dan juga Leukimia
Seperti diketahui, terapi penyakit kelainan darah dahulu hanya terbatas pada cangkok sumsum tulang (bone marrow transplant). Keunggulan pencangkokan sel induk darah tali pusat (umbilical cord blood stem cell transplant) adalah tingkat kesesuian yang lebih besar kerana sel induk darah tali pusat lebih ’muda’ dibandingkan sel induk dari sumsum tulang, dan proses pengambilan darah tali pusat yang lebih cepat dan tidak menyakitkan mana-mana pihak dibandingkan dengan pengambilan air sumsum tulang.



Bagaimana darah tali pusat diambil?

Darah tali pusat diambil segera setelah bayi lahir. Tali pusat diklem dan dipotong dan dibersihkan dengan iodine. Setelah itu jarum dari kantung darah ditusukkan ke vena tali pusat, darah kemudian mengalir ke kantung darah. kantung darah digunakan kerana lebih selamat dari risiko pencemaran. Proses ini cepat, tidak berisiko dan tidak menyakitkan ibu mahupun bayi. Setelah pengambilan, darah tali pusat segera dibawa ke laboratorium hospital. Darah tali pusat dijamin tetap berada dalam suhu yang tepat dan bebas dari sinar-X selama pengiriman. Di laboratorium hospital, darah tali pusat akan diproses dan diuji sebelum disimpan di dalam nitrogen cair pada suhu -196o C.

info ekstra

selain itu, darah tali pusat ini mengandungi collagen. jadi, kepada para wanita yang nak cantik, gunalah air tali pusat.

Beza air tali pusat dan isi tali pusat

air tali pusat

  • digunakan lebih kepada rawatan untuk selmatkan nyawa
isi tali pusat

  • membaiki tisu-tisu badan yang rosak
that's all for today. mungkin bagi sesetengah golongan remaja, mengetahui tentang stem cell ini adalah suatu perkara yang enteng. tapi sebenarnya, kita perlu tahu semua ini untuk masa hadapan kita.

anyway, enjoy your holiday.


lots of love

syahirah ramlee


No comments: