klik.klik

Saturday, November 28, 2015

Suatu yang pernah

Kerana aku adalah perantauan. Merantau di celah celah hiruk pikuk corak dan perjalanan hidup sendiri. Ada tika aku tersilap. Ada kalanya aku benar. Ada saat aku terjatuh. Dan akan ada juga saat, di mana aku akan bangkit dari setiap kejatuhan. 

Bukan kah kau dan aku di ciptakan sama sahaja? 
Bukan kah kau dan aku pada awalnya tiada bezanya? 
Bukan kah kita manusia yang penuh khilaf dan cela? 
Bukan kah kita manusia biasa yang tak kan pernah mencapai kesesempurnaan seperti apa yang mereka mahu? 

Jadi kenapa kau kini semakin megah melangit tanpa sekali pun, kau fikir kan asal usul mu? 
Jadi kenapa kini, kau mula mudah menghukum? 

Setiap apa pun yang berlaku. Aku, kau atau siapa pun, kita adalah kita. Sebagai mana aku tak berupaya menjadi yang sempurna di mata siapa pun,  begitu juga kau. Berbaik sangka lah manusia. Sedangkan kita masih terlalu banyak khilaf dan cela, bagaimana mungkin yang lain bisa suci dari dosa. Sudah sudah la wahai manusia. 

Menghukum itu bukanlah tugasmu. 

No comments: