klik.klik

Friday, February 12, 2016

Give them chance. They deserve it.

Sya tertarik pada sepotong ayat yang kurang lebih bunyinya begini: 
Setiap manusia tak punya permulaan dan pengakhiran yang baik. Ada antara mereka yang punya permulaan yang baik tapi berakhir dengan yang tidak baik. Ada juga manusia yang tidak baik permulaannya dan pada akhirnya dia punya pengakhiran yang terbaik. Dan ada jugak manusia yang cukup beruntung yang mana mereka punya permulaan yang baik dan punya pengakhiran yang baik. 

Siapa pun kita atau apa pun kita, percayalah dunia sentiasa berputar. Yang di atas takkan selamanya berada di atas. Yang di bawah takkan selamanya kekal sebagai yang tercorot. Kalau pergi ke mana mana, Sya lagi suka tengok tindak tanduk manusia. Yeah, as in untuk pedoman sendiri and untuk reflek. Dan juga untuk belajar bahawa carilah hikmah dalam setiap kekukusutan yang timbul. Bak kata orang " layan lah orang lain dengan baik, meskipun mereka melayan kita dengan teruk". 

Fortunately, Sya jumpa seorang lelaki yang struggle untuk berubah cari jalan yang terbaik dalam hidup dia. Middle-aged man who did survived in this cruel world. Basically, kita tahu setiap manusia, dia mesti ada pendapat and persepsi sendiri. Tapi kalau Sya kata, mostly antara kita akan pandang serong pada bekas banduan, atau those yang pernah terlibat dengan dadah or ape ape yang tak baik di mata kita, benda tu betul kan? Yeah, tu la silap kita, terlalu mudah meletakkan sesuatu atau label sesuatu tanpa selidik dulu. Awak yakin ke orang yang dijatuhkan hukuman penjara sebab membunuh tu sebab dia betul betul membunuh? Kalau dia hanya pertahankan diri dia macam mana? Haa. 

Tapi frankly speaking, dulu Sya pun pandang orang mcm tu. I mean like terlalu mudah bersangka yang bukan bukan. But after I met this man, Sya cuba pandang orang tu bukan dengan simply judge macam tu. This guy, tak berada dalam golongan yang berada dalam permulaan yang baik. I mean like his family dump dia and macam ignore dia something like that sampai la dia tersilap pilih langkah dalam hidup dia. Starting that point la dia start buat kesilapan yang lepas tu, terus orang start pandang serong and tak percaya dekat dia. I mean, tak de orang pun yang nak amik dia kerja just sebab kesalahan yang dia pernah buat dulu. But yeah, he did survive. Walaupun dua tiga kali tersungkur dekat jalan yang sama, he decided to change. 

And you know right, bila nak berubah jadi yang lebih baik ni bukannya senang. Time tu la, kawan kau struggle nak pujuk kau untuk tarik ke dunia lama kau . And I know, benda tu tak senang. Tapi dia cuba jugak walaupun susah. And now, semua orang boleh tengok yang dia dah makin okay. I mean people change. So apa yang buat kau fikir orang yang pernah buat silap atau orang jahat tu akan jahat selama-lamanya? Apa yang buat kau fikir, orang tak pernah solat tu takkan solat sampai bila bila? 

Guys, just one thing Sya nak share. Setiap manusia ni berhak untuk berubah. And if you guys nampak sesiapa la as in family atau orang terdekat korang tengah nak berubah, kita ni sebagai orang terdekat jangan patahkan lagi semangat diorang. Give them chance! They deserve it okay? :)  

No comments: