klik.klik

Saturday, December 5, 2015

Give more, expect less :)

Aku tertarik dengan kata-kata daripada seorang motivator terkenal di Malaysia. Ungkapannya cukup mudah tetapi bermakna. Dia menyentuh tentang hubungan kasih sayang antara manusia.

"Kalau manusia hidup dengan perasaan kasih sayang, nescaya mereka akan saling menjaga antara satu sama lain. Nescaya mereka akan kasih antara satu sama lain. Andai perasaan sayang itu disemai, nescaya kita juga akan dikelilingi oleh orang yang sayangkan kita dan hidup kita pasti akan lebih gembira.
Namun, jika manusia memilih untuk hidup dengan perasaan benci. Maka yang dilihat mereka hanyalah silap dan cela. Dan tak mustahil, kerana itu, orang sekelilingnya memilih untuk menjauhkan diri dari mereka. Dan tak mustahil pada akhirnya mereka juga akan dibenci yang lain "

Kerana itu, aku mula pupuk dan ajarkan diri sendiri supaya tak mudah melatah. 
Hidup ini adalah suatu cabaran. Lakukan yang terbaik tapi jangan sampai biarkan diri sakit sendiri. 
Give more, expect less. 

love,
luwinnaqaisara 

No comments: