klik.klik

Sunday, January 10, 2016

Hey guysss,
Happy new year tho. :') Hehe. Walaupun macam agak dah tak berapa nak new year sangat dah. Pejam celik pejam celik hari ni dah 10 January 2016. Like seriously? Cepatnya masa berlalu. And that's mean, kami ada less than a month untuk preparation semperna perkhawinan Yong. Dup dap dup dap. Mixed feeling tho. Sebab masa tu Sya ada final on the same date yong akad nikah. Like, yeah I'm happy for you but I'm scared tho. Fuhh. Apa pun yang terjadi semoga semuanya berjalan lancar dan sempurna hendaknya. In sha Allah.

So guyss, entri Sya kali ni pasal relationship. Yup. Hubungan. Aip aip. Not that kind of relationship between a man and a woman. Tu cerita lain okay. Hahahaha. So bila kita cakap pasal hubungan ni, actually benda ni tak lah fokus semata mata pasal percintaan je. Banyak lagi relationship yang wujud such as friendship, ataupun hubungan dengan adik beradik kau or even your parents. Ataupun skop yang lebih luas lagi hubungan sesama manusia.

Tbh, I don't do well with friendship. My bad. And I knew it. Sya percaya yang setiap yang datang dalam hidup kita mesti akan pergi jugak suatu hari nanti. Yeah, exactly like the same way kita datang dan pergi dalam hidup orang. Kalau nak cerita pasal sayang, tipu lah kalau kau tak sayang kawan kau. Unless kau kawan dengan dia sebab lain. For me, dalam apa jenis hubungan pun tak kisah la antara family ke kawan or adik beradik apa yang paling penting adalah kepercayaan. I mean like, cukup la kau percaya yang dia tak kan khianati kau and it's more than enough.

Setiap manusia tu dia tak dibesarkan dengan acuan yang sama. Sebab tu, kau kena fahami, fikir dan teladani. Mana boleh kau samakan cara kau dibesarkan dengan cara orang lain dibesarkan. Mana boleh kau nak penuhi keinginan kau sedangkan kau buat orang lain rasa rimas, annoyed and sakit. Like tak adil kan. Apa yang Sya belajar, sayang tu bukan semata mata berdasarkan ungkapan atau perkataan. Okay Sya bagi contoh, ada orang dia nampak tough, macam tak amik kesah pun dengan apa yang jadi dengan sekeliling dia. Tapi deep in his/her heart dia sayang dan peduli je dengan semua orang. Tapi sayang tu tak diungkapkan tapi ditunjuk dengan keprihatinan yang kadang kadang kita pun tak perasan apa yang dia buat.

Second thing dalam relationship ni apa yang kena bagi adalah kebebasan. Macam adik beradik kau nak buat apa pun, tu hak di . Jangan la control atau jadikan dia dalam versi yang kita nak. As long as benda tu tak salah, bagi la dia kebebasan nak buat apa pun. Sama la kalau berkawan pun, tak semestinya bila dia buat benda baru, terus kau fikir dia tinggalkan kau. Actually bendanya simple, macam mana kau tak nak orang control hidup kau macam tu jugak la kau kena buat. Okay? :)

Third, jangan exaggerate kan benda yang kecil. Orang-orang sekeliling pun jangan nak mengada nak jadi batu api untuk keruhkan keadaan. Bila orang buat silap sikit tu, dah pujuk semua tolonglah jangan nak exaggerate kan benda. Give and take la. Baru la hidup bahagia. Right? Huhu.

Nak cerita panjang panjang pun, Sya ni bukan expert pun dalam bab bab problem solving atau bagi nasihat. Apa yang Sya tulis basically untuk peringatan untuk diri sendiri jugak. Peringatan bahawa dalam setiap hubungan tu kena tolak ansur and faham each other. It's more than enough actually.

Tapi jangan lupa. Hubungan yang paling penting adalah hubungan dengan Allah. Hablu minnawallah wa hablu minna nas. Jagalah hubungan denga Allah dan jagalah hubungan sesama manusia. Semoga hari yang mendatang akan lebih bahagia dan semoga setiap hari kita diberi kekuatan yang tempuh apa jua ujian dalam hidup.

Keep fighting, fighter.
Keep loving, dear lover.
Spread the love, kerana hidup pasti akan lebih indah dengan menyayangi.

Bye bye. Xoxo

No comments: