klik.klik

Tuesday, January 24, 2017

Everyone will die but not everyone alive

Dan seperti biasa aku memasuki wad dan membelek-belek registration book.

"Oh, bed 16 breast cancer metastasized to brain" - detak hati kecik ku.

Antara simpati, serba salah dan takut aku perlahan-lahan mendekati ruang pesakit itu. perlahan-lahan aku mebelek case note di meja itu. Aku lihat anaknnya sedang membacakan yassin untuknya. Serba salah. Lalu aku berlalu pergi dari situ. berjalan kehulu hilir, acah acah busy sikit sampai lah usai anaknya membacakan yassin.

Sekali lagi dengan muka "toya", aku membelek-belek lagi case note tersebut. aku dapat rasakan bahawa anaknya dah mula perasan aku mundar mandir kat situ.

Sebab dah macam kantoi aku pun beranikan diri jugak untuk tanya.

"Erm, Assalamualaikum Puan. Kalau saya nak tanya sikit boleh?"

"Boleh".

Maka bermula episod Q&A aku dengan anak mak cik tu. Aku tak nak sentuh ape procedure atau complication mahupun history patient tu. Because it is private and confidential. Hewhew.

.......

Tak. Aku tipu je.

Sebenarnya sebab aku ni student lagi. Ape pun tak tahu. K tu je. Haha.

Aku cuma tertarik dengan satu kata-kata yang ditinggalkan dari bed tersebut.

"Memang betul sakit tu ujian. Sebab tu selama ni mak kuat. Ramai orang anggap bila ada cancer ni mereka seolah-olah menghitung hari menunggu mati. Walhal, kenapa mesti biarkan diri kita mati sebelum ajalnya?"

Maksud dia simple je.
Dalam setiap apa pun ujian yang datang, dont take it too much. Jangan biarkan sesuatu perkara tu sebagai penamat kepada kehidupan kita. Setiap yang bernyawa ni pasti akan merasai mati. Tapi tak semua yang hidup ni benar-benar "bernyawa" Dan keputusan tu tak kan ada pada mana mana orang sekali pun kecuali diri anda sendiri.

No comments: