Dari jauh aku sudah mula dengar sendu tangisan seorang budak. Setibanya di depan bilik prosedure, aku dengar suara ayahnya.
"Dr kata kena jahit. kaki anak saya masuk kaca"
aku mempercepatkan langkah untuk turut serta ke bilik prosedur. Manalah tahu kot kot malam ni ada yang boleh aku tolong walaupun ilmuku masih kosong. Luka pada kaki anaknya mula dicuci. Aku boleh dengar suara anaknya mengerang kesakitan. Terlalu sakit mungkin pada anak kecil seusia 10 tahun. Bahkan satu department boleh dengar dia jerit. Lebih kurang hampir 45 minit, usailah prosedur tersebut. Ketika sedang asyik MA tersebut mengajar kami cari untuk memastikan suture itu tidak terlalu ketat atau longgar, bapanya membuat satu permintaan.
"Dr, kalau boleh minta tolong balutkan kaki anak saya penuh boleh. Sebab kami datang naik bas takut kotor pula nanti kalau dalam perjalanan pulang".
aku terfaktab.
jarum jam ketika itu menunjukkan sudah pun menghampiri jam 12 pagi. Mana mungkin ada bas lagi yang masih beroperasi tika ini.
Apa boleh buat?
Inilah nasib golongan marhaen. Yang hanya berjuang untuk jadikan harinya lebih baik dari hari semalam. Berjuang demi menyara keluarga. Payah jerih yang sungguh aku katakan engkau yang di atas takkan pernah rasakan yang sama. Dan aku mula tanya pada diriku sendiri. Berdosakah aku?
Berdosakah aku kena membiarkan mereka pergi begitu saja. Berdosakah aku kerana tak mampu menolong mereka?
Dalam hariku, pernah aku rasakah hidup aku susah susah. Namun, benarlah kata orang. Jika kau sentiasa menonggak ke atas, sampai mati pun bahkan kau akan rasakan seisi dunia ini tidak akan pernah cukup. tapi bila kau menunduk kebawah, tertanya kehidupa yang kau punya hari ini, jauh lebih baik dari jutaan manusia yang dibawah.
Tekanan. Ya. Bila mana kau rasa tertekan dengan apa yang kau ada. Fikir sejenak, apa mereka tidak pernah merasakan hal yang sama?
Apa boleh buat.
Inilah negaraku.
No comments:
Post a Comment